INGIN CANTIK? KLIK LIKE!
| HOME | PRODUK | PAKEJ CANTIK & SIHAT | TESTIMONIAL | INFO CATALYST | RAHSIA WAJAH CANTIK | TIP CANTIK |
Tuesday, 9 October 2012
TIP CANTIK : NEELOFA AMBIL KOLEGEN UNTUK KEKAL CANTIK
Menyelami erti kecantikan sebenar buat si jelita ini, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik. “Walaupun orang kata saya menang Dewi Remaja sebab cantik, kadang-kadang saya rasanya tidak juga kerana kemenangan mungkin dinilai dari banyak segi.
“Paling penting, wanita itu perlu cerdik kerana jika tidak cerdik, bagaimana nak maju dalam industri ini,” katanya lagi.
Memiliki sepasang mata yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki, Neelofa berkata bahagian matanya jarang sekali disolek tebal.
“Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.
“Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.
“Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong,” ujarnya tentang tip kecantikan yang diamalkan untuk OopStarz! kali ini.
Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit.
“Saya takut kulit gelap, jika kulit berjerawat masih ada banyak cara untuk atasi,” katanya.
Monday, 8 October 2012
TIP CANTIK : TIPS UNTUK HILANGKAN JERAWAT
Jerawat merupakan salah satu penyakit kulit yang paling tidak disukai terutamanya oleh golongan wanita yang sangat-sangat mementingkan kecantikan. Adakalanya, kita telah mencuba pelbagai produk kecantikan dari yang murah hingga ke mahal, tapi tetap tidak berkesan untuk menghilangkan jerawat.
MENCUCI WAJAH 2 KALI SEHARI
Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan kerana ia akan meningkatkan minyak "sobaceous" yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.
SESUAIKAN KOSMETIK DENGAN JENIS KULIT ANDA
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera tumbuh pada wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.
GUNA TUALA YANG BERSIH DAN KERING
Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau mandi, kerana bakteria sangat menyukai tempat yang lembab dan hangat.
MINUM AIR PUTIH
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air secukupnya setiap sehari, kulit kita akan selalu sihat.
GUNAKAN PELEMBAB KULIT
Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah-pecah.
SELALU PASTIKAN KULIT WAJAH BERSIH SEBELUM TIDUR
Selalu cuci muka anda sebelum tidur. Tidur bersama make-up di muka adalah dilarang sama sekali.
MAKAN SAYUR DAN BUAH
sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita. Perbanyakkanlah makan sayur atau buah, terutama yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sihat, jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.
TIDUR YANG CUKUP DAN TERATUR
Kulit juga sama seperti kita, perlukan rehat yang cukup. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Keranana apabila kita tidur, kulit akan membuang racun yang berbahaya sehingga kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.
Cara menghilangkan jerawat diatas merupakan tips menghilangkan jerawat yang sangat mudah untuk diikuti. Jika anda melakukannya dengan teratur dan disiplin, wajah anda menjadi segar dan mulus.
Saturday, 6 October 2012
TIP CANTIK : ANTARA MAKANAN UNTUK DAPATKAN KULIT YANG SIHAT DAN MULUS
Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah antara makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.
Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.
Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.
Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.
Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.
Telur
Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.
:: Credit to Remaja ::
Friday, 5 October 2012
TIP CANTIK : RAHSIA WAJAH PUTIH, LEMBUT DAN HALUS GADIS JEPUN
Gadis jepun majoritinya mempunyai wajah yang putih, lembut dan halus. Pasti kamu tertanya-tanya apakah rahsia mereka bukan? Antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Ingin tahu lebih lanjut? ayuh semak panduan berikut!
Vitamin C
Gadis jepun percaya vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. oleh sebab itu, mereka mengamalkan makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin c bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih.
Kacang merah
Gadis jepun memanfaatkan azuki, sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat
Beras Merah
Bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.
Pengelupasan
Gadis jepun rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dari wajah hingga membuatkan wajah mereka tampak berseri dan tidak nampak kusam.
Alga
Wakame
Sejenis alga laut yang ditemukan di perairan jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi terbaik. Wakame melindungi kulit daripada sinar ultra violet serta kerosakan kulit. bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.
:: Credit to Remaja ::
Subscribe to:
Posts (Atom)



