Gadis Jepun cukup terkenal dengan bentuk tubuh yang langsing dan cantik, bahkan jarang sekali kita menemui mereka dalam keadaan tubuh yang gempal dan berisi.Rahsia mereka mudah! Pemakanan yang sihat.
Ikan
Tahukah kamu wanita Jepun makan ikan sekitar 69kg setahun.Ia bukan sahaja bagus untuk diet,bahkan baik untuk kesihatan.Ikan kegemaran mereka adalah ikan salmon.
Kicap
Kicap dan sushi memang tidak boleh dipisahkan.Mengikut kajian,penggunaan kicap di negara Jepun 10 kali lebih banyak berbanding negara-negara lain di dunia.Kicap pilihan mereka bukan sahaja rendah lemak dan kalori,bahkan tinggi protein
Buah dan sayuran segar
Bagi kamu yang inginkan tubuh yang langsing,sayur-sayuran dan buah-buahan segar merupakan teman terbaik bagi DIET.Maka sudah sampai masanya untuk kamu berubah menjadi seperti gadis-gadis Jepun yang langsing.Mereka bukan sahaja gemarkan sayuran,bahkan buah-buahan juga sudah menjadi manisan wajib bagi mereka
Soya
Gadis Jepun amat menggemari makanan yang berasaskan soya!
Pelbagai jenis makanan
Kebanyakkan masyarakat Jepun gemarkan pelbagai jenis makanan dalam menu harian mereka
Sarapan sihat
Jika di malaysia,menu sarapan pagi lebih sedikit berbanding tengah hari atau malam.Namun berbeza dengan masyarakat Jepun,jumlah makanan yang mereka makan di waktu pagi lebih banyak berbanding siang dan malam
Makan mee
Wanita Jepun gemarkan mee seperti soba,udon,ramen dan somen.Namun berbeza dengan mee buatan Malaysia.Justeru,kamu perlu memilih mee yang benar-benar baik untuk kesihatan
Makan nasi
Mereka hanya makan dua mangkuk kecil nasi dalam sehari!
No comments:
Post a Comment