Kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada di permukaan kulit. Jika timbunan tersebut tidak dibuang dari permukaan kulit kita dan dibiarkan berkumpul sekian lama, ini akan menyebabkan warna kulit hilang seri dan nampak kusam.
Kulit kita ni sememangnya hari-hari akan ada sel mati. Masalah ini meningkat dengan usia yg bertambah. Faktor-faktor seperti sinaran matahari, pencemaran, nutrisi pemakanan tak seimbang, rokok dan alkohol memainkan peranan penting dalam menyebabkan sel mati/kulit kusam.
Kulit yang kusam ini akan membuatkan kita nampak lebih tua atau bahasa mudahnya, kulit tak cantikla kan.
Ingat yer, sel mati juga akan menyebabkan masalah-masalah kulit lain seperti jerawat, warna kulit tak sekata, jeragat, bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih.
Jadi, bagaimana caranya untuk kita menghilangkan sel-sel mati ini, sekaligus memastikan kulit kita kelihatan cerah, halus dan berseri?
Sebenarnya, mudah sahaja caranya.
PERTAMA
pastikan anda mengamalkan rutin penting dalam penjagaan kulit wajah, 3 BASIC STEPS iaitu mencuci, menyegar dan melembap
KEDUA
penggunaan scrub. Tetapi, penggunaan scrub tak digalakkan untuk kulit wajah yang berjerawat sebab boleh menyebabkan jerawat luka. Jika anda konsisten dengan rutin penjagaan 3 BASIC STEPS tu, sebenarnya tak pakai scrub pun tak apa.
KETIGA
pengambilan supplement. Luaran sahaja tak mencukupi, penjagaan dalaman juga penting. Pengambilan supplement yang sesuai penting untuk membuang toksin di dalam badan dan melengkapkan proses pembersihan kulit.
Dalam entry yang seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda petua-petua tradisional yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan kulit yang cerah, halus dan berseri.
Belum terlambat lagi untuk anda bertindak sekarang!
Sayangi dan belailah kulit wajah anda yer:)
Yang penting, anda harusla sabar, konsisten dan jangan putus asa!!
Semua masalah ada penyelesaiannya, InsyaAllah.
Penjagaan luaran : F'iena BEAUTY. 3 BASIC STEPS sahaja
Penjagaan dalaman : VCO Softgel sahaja ketika gambar ini diambil.
Seakarang saya dah amalkan Collagen Catalyst. nanti saya update testimonial:)
salam.kak hjar..
ReplyDeletesy berminat untuk mencuba..boleh x akaq terangkan cara penggunaan produk fiena n collagen capsule tu.dan saya berminat untuk beli
sy pon ..please explain
ReplyDelete